Sabtu, 21 Februari 2009

Rasmi

KUALA LUMPUR (19 Februari 2009) : Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato' Saifuddin Abdullah dengan rasminya melancarkan aktiviti Debat MRSM SeMalaysia di sebuah hotel terkemuka di sini baru-baru ini. Pelancaran aktiviti tersebut diharap dapat menjadi batu loncatan kepada para pelajar di MRSM, khasnya untuk mengasah bakat dalam bidang debat.
Menurutnya, aktiviti seumpama itu mampu merangsang minda pelajar lebih mencintai ilmu dan merancakkan lagi aktiviti budaya membaca.
"Budaya ilmu dan budaya membaca boleh dipupuk menerusi aktiviti seumpama ini dan boleh menjadi pemangkin kepada para pelajar untuk menajamkan minda supaya berfikir secara kreatif, imaginatif dan kritis di samping boleh menjadi faktor kejayaan dalam pelajaran," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian di Hotel Qualiti, di sini.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah guru-guru daripada MRSM SeMalaysia yang mengikuti kursus Kejurulatihan dan Hakim Debat di hotel tersebut.