Selasa, 21 Julai 2009

MenubuhkaN kELAB DEBAT MRSM KUANTAN

Setelah tertangguh penubuhannya selepas kursus Kejurulatihan dan Hakim Debat MRSM Februari lalu, hasrat itu insyallah akan tercapai tidak lama lagi setelah Pengetua menunjukkan minat yang mendalam mengenainya. Kertas kerja penubuhan kelab sudah siap dan sekarang menunggu perolehan video pertandingan debat daripada Encik Badrul Hisham. Terima kasih Encik Bad. bantuan anda amat kami perlukan. Kepada mana-mana kaki debat anda dialu-alukan menurunkan idea bagi memantapkan lagi penubuhan kelab debat ini. Kepada bakal ahli anda akan didaftarkan sesegera yang mungkin. TUNGGUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU....

Pertandinga Debat MRSM Se-Malaysia sudah selesai

Penat juga semasa terbabit dalam Pertandingan Debat antara MRSM dari 27 Jun hingga 1 Julai lepas. Siang malam bekerja....dari pagi hingga lewat malam. Banyak pengalaman boleh dikongsi bersama dari pertandingan tersebut. Tahniah buat pasukan yang berjaya...bagi yang tidak berjaya cuba lagi tahun hadapan di MRSM Kuala Kubu Baharu (ya, ke ni???- insyallah). Kena sahkan dengan Haji Nizar kemudian.

Sabtu, 16 Mei 2009

Pertandingan Debat MRSM

Pertandingan akan diadakan pada 27 Jun hingga 2 Julai....Jadi, bersedialah wahai para pendebat untuk turun ke gelanggang perdebatan...bersedialah mental dan fizikal untuk mengharungi serangan dan sanggahan lawan.

Khamis, 30 April 2009

Pertandingan Debat Tangguh???

Menurut khabar yang sedang bertiup pertandingan debat antara MRSM ditangguhkan ke satu tarikh yang masih belum pasti lagi. Betul ke berita ini? Kita tunggu dan lihat pengumuman rasmi daripada pihak yang berkenaan. MRSM Bentong diserang wabak rubella???? Tungguuuuu...

Rabu, 29 April 2009

Pertandingan Debat MRSM SeMalaysia kali Pertama

Hah....yang ditunggu-tunggu sudah tiba...Pertandingan Debat Antara MRSM SeMalaysia kali Pertama bakal diadakan di MRSM Bentong, Pahang. dari 9 hingga 13 mei 2009...salam perdebatan buat semua kontijen dan para pendebat yang petah bicara dan panjang akal budinya....Semoga kunjungan anda tidak sia-sia...tetapi bagi yang kalah usah kecewa dan putus asa...terimalah hakikat bahawa adat pertandingan ada yang kalah dan ada yang memang. Jadi, berjuanglah demi maruah maktab masing-masing.

Rabu, 1 April 2009

BERITA PERTANDINGAN

Pertandingan Debat UIAM

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor akan menganjurkan pertandingan debat dari 24 hingga 27 April 2009. Sehubungan itu, mana-mana pasukan debat MRSM yang sudah bersiap siaga bolehlah menyertai pertandingan tersebut sebagai satu langkah persediaan ke pertandingan sebenar yang akan diadakan di MRSM Bentong, Pahang Mei depan. Mungkin pertandingan debat di UIAM itu juga boleh diibaratkan sesi untuk test power. Cubalah...kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya...Selamat Maju Jaya...

CONTOH USUL....cubalah debatkan

1. Demi menjaga integriti, kebebasan media massa perlu dihadkan.

2. Tindakan kerajaan sudah cukup dalam memerangi rasuah.

3. Undang-undang gagal menyelesaikan masalah integriti.

4. Gejala rasuah berjaya dikawal.

5. Tanggungjawab sosial korporat masih rendah di negara ini.

6. Budaya bersopan santun semakin dilupakan.

7. Perpaduan nasional masih longgar.

8. Modal insan berintegriti menjamin kecemerlangan negara.

9. Etika dan integriti tidak perlu dimasukkan ke dalam kurikulum pengajian tinggi.

10. Keluarga luas tidak lagi relevan dalam pembentukan modal insan hari ini.

11. Etika boleh diajar melalui pendidikan formal.

12. Mengaut keuntungan adalah lebih penting daripada menjalankan tanggungjawab sosial.

13. Malaysia kekurangan role model dalam pembangunan modal insan

14. Kurang kefahaman punca utama berlakunya gejala rasuah.

15. Kepemimpinan tidak perlu dalam pemantapan integriti organisasi.

16. Gaji yang tinggi mencegah daripada berlakunya gejala rasuah.

17. Nilai murni perlu berubah mengikut perkembangan semasa.

18. Kurikulum sedia ada sudah mencukupi untuk membangunkan modal insan yang berintegriti.

19. Pembangunan ekonomi meruntuhkan moral masyarakat.

20. Malaysia mempunyai infrastruktur kelas pertama dunia tetapi mentaliti kelas ketiga.

21. Pelan Integriti Nasional teras kemajuan negara.

22. Bersih, cekap, dan amanah hanya slogan.

23. Amalan integriti berjaya meningkatkan produktiviti negara.

24. Politik kampus perlu mencerminkan integriti.

25. Institusi pengajian tinggi berjaya membentuk integriti di kalangan pelajar.

26. Ahli politik telus dalam menangani isu rasuah.

TEMU BUAL EKSKLUSIF

TEMUBUAL EKSKLUSIF BERSAMA FINALIS DEBAT INTEGRITI PERDANA 2006: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

Sempena Pertandingan Akhir Debat Integriti Perdana 2006 yang berlangsung pada 13 Julai 2006, pihak akademidebat.com telah berkesempatan menemubual salah sebuah pasukan yang telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir iaitu UTM.

UTM diwakili oleh Khairul Afsan Abu Bakar (KA), Mohd Zaki Ismail (MZ), Sakinah Al-Mubarakah Muhamad (SM), dan Mohd Sharifudin Nazri. Berikut merupakan temubual tersebut:

akademidebat.com: Assalamualaikum. Saya mengucapkan terima kasih bagi pihak akademidebat.com di atas kesudian anda semua menghadiri sesi temubual ini.

KA, MZ, SM: Waalaikumsalam. Sama-sama.

Pertama sekali, apakah perasaan anda apabila berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir?

MZ: Lega dan gembira.

SM: Lega.

KA: Gembira. Kami berasa lega kerana harapan yang diletakkan kepada kami sangat besar kerana kami merupakan finalis pada tahun lalu, maka sudah pasti kami diharapkan mengulangi kejayaan tersebut pada tahun ini.

Secara keseluruhan, bagaimana anda melihat pasukan anda dalam Debat Integriti Perdana pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya?

KA: Memang ada perbezaan. Pada tahun lepas, kami menghantar sebuah pasukan yang kuat yang dibentuk untuk merebut kejuaraan. Tahun ini pula, kami membawa seorang pendebat junior untuk diserap ke dalam pasukan.

Gaya jagoan...Dari kiri: Afsan, Zaki, Sakinah

SA: Posisi kami juga kerap bertukar sepanjang perdebatan. Pasukan pada tahun ini boleh disifatkan sebagai pasukan eksperimen.

Sepanjang pertandingan ini, pasukan manakah yang paling sukar ditewaskan dan mengapa?

KA: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kami sentiasa bertemu dengan pasukan UIAM pada peringkat yang penting seperti suku akhir atau separuh akhir. Kalau pada pusingan awal, mungkin kami boleh memperlahankan rentak debat sekiranya kes sudah tidak memihak kepada kami. Tetapi apabila bertemu UIAM di peringkat kalah mati, kami perlu berusaha keras sehingga ke sesi akhir perdebatan iaitu penggulungan kes.

MZ: UIAM. UIAM merupakan sebuah pasukan yang mempunyai kualiti debat yang baik. Tambahan pula, rekod pertemuan kami dengan UIAM lebih memihak kepada UIAM, maka adalah penting untuk kami memenangi setiap perlawanan dengan UIAM.

SM: Selain daripada UIAM, pasukan lain yang sukar ditewaskan ialah Universiti Malaya (UM). UM merupakan sebuah pasukan yang kuat dan mempunyai teknik debat yang berkesan. Apabila bertemu dengan UM, setiap hujah dan bidasan saling bertembung dan mewujudkan perdebatan yang sangat sengit.

Tiga pendebat yang bakal membawa cabaran UTM pada Pertandingan Akhir Debat Integriti Perdana 2006, 13 Julai 2006:

Dari kiri - Sakinah al-Mubarakah Muhamad, Khairul Afsan Abu Bakar, dan Mohd Zaki Ismail

Apakah kelemahan pasukan (atau individu) yang telah dikesan sepanjang Debat Integriti Perdana pada tahun ini? Bagaimana kelemahan ini boleh diperbaiki menjelang pertandingan akhir?

KA: Yang paling penting, setiap komen hakim perlu diambil perhatian. Kelemahan yang jelas, bagi saya, ialah kaitan hujah dengan isu integriti yang masih lemah. Mungkin selepas ini, kami boleh menjelaskan lagi kaitan setiap hujah dan fakta dengan isu-isu integriti.

Secara peribadi, saya kadangkala mempunyai sedikit masalah dengan pembahagian masa. Sebagai pendebat kedua, saya perlu membidas dan pada masa yang sama, membentangkan hujah dan fakta. Apabila terlalu asyik membidas, masa untuk pembentangan hujah kadangkala terjejas.

MZ: Antara perkara yang boleh diperbaiki ialah dari segi kemasan hujah. Setiap fakta yang ingin dibentangkan mestilah difahami dengan baik untuk meningkatkan mutu penyampaian.

Sebagai pendebat pertama, saya juga perlu memberi perhatian yang lebih terhadap peraturan baru Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM) yang menetapkan bahawa pendebat pertama bagi pihak pembangkang hanya boleh menerima atau menolak definisi yang diberikan oleh pihak kerajaan/pencadang. Konsep pindaan tidak lagi dibenarkan.

SM: Semua ahli pasukan perlu lebih memahami kehendak pihak penganjur, Institut Integriti Malaysia (IIM). Hujah perlu konsisten sepanjang perdebatan. Selaku pendebat ketiga, saya perlu meningkatkan lagi analisa terhadap hujah pihak lawan. Setiap bidasan perlukan jalan penceritaan yang jelas.

Apakah harapan anda untuk pertandingan akhir nanti?

KA: Saya berharap agar kami akan membawa pulang gelaran juara dengan persembahan yang baik. (Berjenaka) Persembahan kenalah baik, barulah tak diundi keluar.

MZ: Sudah tentu untuk menang. Walaupun tempat pertandingan akhir masih belum ditetapkan, saya berharap agar pertandingan tersebut dapat dianjurkan di UTM. Kemenangan yang diraih di hadapan penyokong sendiri adalah sesuatu yang amat berharga.

SM: Saya berharap agar kami dapat buat persembahan yang terbaik. Apabila selesai berdebat, moga-moga kami boleh berpuas hati walaupun keputusan belum diumumkan. Secara atas kertas, kedua-dua pasukan (UTM dan UM) ada kelebihan masing-masing dari segi struktur debat dan konsisten. Kami akan pastikan yang terbaik.

Kami mengucapkan selamat berjaya kepada anda semua. Semoga UTM mempersembahkan yang terbaik pada pertandingan akhir nanti.

KA, MZ, SM: Terima kasih.

FALLACY (logika palsu / tipuan pikiran) - Cara-cara membelokkan penalaran untuk menipu orang lain

Teknik debat

Oleh: WAN BUANAN B WAN HUSSAIN

Perhatian Anda akan dialihkan oleh elemen-elemen emosional Anda sendiri

1.Dilema palsu, menunjukkan hal yang negatif saja
Contoh, hal ini jika tidak menyingkirkan kita pasti akan menghancurkan kita.
2. Acuan otoritas, mengutip pendapat ahli
Contoh, menurut, prof…………….
3. Memanfaatkan simpati, dialihkan dengan rasa belas asih
Contoh, apakah Anda nanti tidak kasihan kepadanya? Dia itu hidup sebatang kara.
4. Mengecam pembawa pesan, menyatakan segala sesuatu yang dikatakan oleh orang tersebut
harus ditolak karena masalah moral.
Contoh, Anda semua tidak perlu percaya pada apa yang dikatakan Andi, dia selalu berkumpul
dirumah minum bersama para pelacur dan pemabuk.
5. Gneralisasi palsu, melompat pada kesimpulan hanya dengan bukti-bukti yang terlalu lemah,
memiliki 2 bentuk utama:
5.1.1 Generalisasi terburu-buru, melompat pada kesimpulan hanya dengan membawa
pengetahuan minimal (yang mungkin juga tidak tepat)sebelum menimbang bukti yang lain.
Contoh, enam teman saya saja menganggap bahwa gagasan saya tentang acara ini sangatlah
hebat, bagaimana mungkin Anda bisa menolaknya?
5.1.2 Generalisasi terlalu luas, melompat pada kesimpulan dengan menerapkan suatu peraturan
umum terhadap situasi yang sama sekali berbeda.
Contoh, saya pernah mendengar bahwa dari tahun ketahun anak-anak dari sma ini
sangatlah tidak akur dengan sma kita.
6. perbandingan yang keliru, menyatakan suatu argumen dengan didasarkan pada dua hal yang
tidak bisa saling diperbandingkan namun dikatakan seakan-akan sama.
Contoh, para junior adalah sama dengan kuda, Anda perlu terus mengendalikan kuda tersebut
agar tidak menjadi liar, begitu pula Anda harus mengendalikan kuda-kuda itu agar tidak liar,
ikatlah mereka.

Isnin, 9 Mac 2009

Jemputlah Hantar bahan

Kepada semua pembaca daripada MRSM seMalaysia anda dijemput mengirimkan sebarang bahan untuk dimuatkan dalam blog ini. Penyertaan anda sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Sabtu, 21 Februari 2009

Rasmi

KUALA LUMPUR (19 Februari 2009) : Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato' Saifuddin Abdullah dengan rasminya melancarkan aktiviti Debat MRSM SeMalaysia di sebuah hotel terkemuka di sini baru-baru ini. Pelancaran aktiviti tersebut diharap dapat menjadi batu loncatan kepada para pelajar di MRSM, khasnya untuk mengasah bakat dalam bidang debat.
Menurutnya, aktiviti seumpama itu mampu merangsang minda pelajar lebih mencintai ilmu dan merancakkan lagi aktiviti budaya membaca.
"Budaya ilmu dan budaya membaca boleh dipupuk menerusi aktiviti seumpama ini dan boleh menjadi pemangkin kepada para pelajar untuk menajamkan minda supaya berfikir secara kreatif, imaginatif dan kritis di samping boleh menjadi faktor kejayaan dalam pelajaran," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian di Hotel Qualiti, di sini.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah guru-guru daripada MRSM SeMalaysia yang mengikuti kursus Kejurulatihan dan Hakim Debat di hotel tersebut.